Friday 4 September 2020

Was It Love

Assalamualaikum..Hari ni kt nak buat review sikit tentang recent drama baru habis 2 September hari tu, Was It Love starring Song Ji Hyo (SJH) and 4 attractive men..

One of them is Son Ho Jun (SHJ) as Oh Dae O (ODO)..Dalam Knowing Brothers, SHJ ada mention yang watak ODO ni kira yang paling realistic la compare dengan 3 orang lagi..aku setuju dengan statement tu bila compare dengan 3 orang tu la..tapi bagi aku kira tegar jugaklah character ODO tu..dah 14 tahun pon tak move on lagi..ok, habes kat ODO..yang paling menarik minat aku is Noh Ae Jung (by SJH)..

Honestly, aku personally memang minat SJH sebab Running Man (RM)..walaupon dah lama aku stop tengok RM, aku memang ada rasa tertarik dengan personality SJH..setakat yang aku tau dalam RM yang aku tengok dulu la..lebih² mana la aku tau..disebabkan tu, aku selalunya amik tahu la kalau SJH ada cerita baru..bila tengok trailer yang ni, nampak menarik sebab 'single mom'..aku ada personal reason sikitlah pasal single mom ni..

Takmau jadi spoiler cerita, aku cuma nak share aku sangat suka dengan character NAJ dalam cerita ni..and surprisingly to me, SJH carry it in a very excellent way..nampak different dengan hasil kerja dia sebelum² ni..

Macam lead actress dalam drama² lain, NAJ is a very strong willed woman dalam membawa hidup dia..being a single parent for 14 years is not easy, both for the parent and the child.. especially mulut² orang yang sibuk dengan masalah orang lain macam dia takde masalah..apart from that, dia sangat uphold self value..there are certain times in drama yang bila heroine tu desperate, dia akan macam terpaksa letgo harga diri dia and menagih simpati hero CEO kacak bergaya kaya nak mampos tu untuk tolong..but not this one..how a woman believe she can stand on her own, still uphold the pride..to be that confident in life, kau memang kena tahu your worth..ini bukan sombong bingkak takabbur punya kes ye..tapi, macam mana kt bawa dan value diri kt dalam life..semua orang ada ujian/dugaan dalam hidup..tapi, tak semua orang try their best to make the best out of themselves despite of all the waves..memang favourite scene aku la dalam episod 3 kat kedai time hujan tu..tak melatah langsung..instead, confidently hold on her value..

Still, root cause dia agak mengecewakan aku..tapi, aku tak boleh nafikan yang itu memang punca bagi semua relationship..be it family, friends, spouse, etc..sebab tu bila dah tua ni aku tak suka benda berlapik² bagai ni..apa² make sure bagi jelas, terang dan nyata..no need to be rude..just don't make people assuming..sangka² ni lebih dekat dengan dosa..

Anyway, panjang pulak berceloteh..tak la nak promote orang suruh tengok..just want to share the feel..aritu aku tengok NAK punya khutbah https://youtu.be/qbA0zesP2ZQ boleh refer sini..ada 1 point dia mention rijal suppose to be able to give value to his women (be it mom, sis, wife, etc)..means buat seorang perempuan tu rasa confident, bermaruah, menjadi perempuan dalam hidupnya..bukannya kerana lelaki itu, seorang perempuan rasa diri dia tak berguna, tak cantik, etc..kt tak ada kuasa untuk adjust apa yang orang nak buat pada kt..so kalau bukan kt yang naikkan kt punya self value, siapa lagi..

He owns us..make ourselves worth it..

Monday 12 August 2019

Regular Story

It's OK for me (part 4)


Bulan penuh bercahaya ditenung lama..MasyaAllah, cantiknya ciptaanMu..Kepala aku tunduk ke bawah..Kasut sekolah ditenung dalam sambil mengorak langkah menuju ke rumah..

Terlihat bonda atas hison dengan helmet xDot yang bercalar-balar atas kepala..Bagpack Padang Besar yang dah usang tergalas kemas di belakang..Bila lah bonda nak belanja diri sendiri..

"Assalamualaikum, Bonda baru balik?"

Kepalanya ditoleh, kaki segera turun dari SYM Jettpower 125 menuju ke arah aku..Terlihat air mata berlinangan dari pipinya yang tembam..

Aku terkedu..Pertama kali dalam ingatan aku melihat air matanya..

"Wa'alaikumussalam..Unais dari mana baru sampai?Makan dah?"

Badanku dipeluk erat..Seakan tidak mahu dilepaskan..Terasa tangannya yang mengigil di belakang badan aku..

"Unais jalan² sekejap di pekan tadi bonda..lambat sikit balik..Jalan balik tadi dengar azan Isya'..Alang² pergi surau terus..Itu yang baru balik ni.."Pelukannya aku lepaskan..

Jujurnya, aku kurang selesa dek kerana status aku yang tidak jelas..

"Jomlah masuk..Mandi, lepas tu kita makan sama²..Takut kebulur anak bonda.."Air matanya dikesat dengan belakang tangan..

"Bonda belum makan?Bonda baru balik ke?"

"Tak nak makan sorang²..Sunyi.."

"Tapi,...."

"Takpe, bonda ok.."Senyuman semanisnya diberikan meskipun merah matanya masih kelihatan..

Aku bersegera membersihkan diri..Bonda tu senang masuk angin makan lambat²..Air halia aku rebus letak di sebelah pinggan bonda..Kami duduk berhadapan di meja makan..Masakan kegemaran aku terhidang, Garlic Prawn..Ohh, mengancamnya..

Tak sabar ingin mencedok lauk, aku tersentuh tangan bonda yang memegang sudu udang..

Teeeeetttttttt..awkward..

Segera tangan aku ditarik diletakkan ke atas riba..Kepala aku tunduk merenung jari jemari aku di riba..Aduh, macam mana ni..


  • Kerusi ditolak ke belakang, bonda bangun dari duduknya..Berdiri di sebelah aku, kerusi aku dipusing menghadapnya..Kaki dibengkokkan perlahan, sehingga lututnya menyentuh lantai..Anak matanya merenung dalam mata aku..Tangan aku diambil dan digenggam, kuat..


Aku cuba menarik tangan aku dari genggamannya tapi gagal..Genggamannya kemas..

"Bonda, Unais kan bukan.."

"Unais balik bukan sebab nak bagi peluang pada bonda?"Kata² aku dipotong..Aku mengangguk perlahan..

Hakikat itu terlalu pedih untuk aku telan..Sehingga aku menolak untuk memdengar lanjut penjelasan bonda malam hari tu..

"Bonda takkan menafikan apa yang bonda cakap malam tu..Itulah hakikat yang perit untuk bonda telan..Tapi, Unais sampai bila² pon memang anak bonda..Bonda yang susukan dan besarkan Unais sampai handsome macam sekarang ni.."

Senyuman manis terlakar di bibir bonda..
Air mata laju mengalir di pipi aku..Ya, akulah yang paling senang mengalir air mata..Sepanjang 15 tahun aku hidup, malam ini lah pertama kali aku lihat air mata bonda..Pelbagai keperitan yang dilaluinya membesarkan aku, sekalipon tidak pernah dia menangis depan aku..

Aku duduk melutut dihadapannya..Badannya aku tarik ke dalam pelukanku..Erat..

"Maafkan Unais bonda..Unais lupa pesan bonda untuk jauhkan syak wasangka..assume²..Unais patut tunggu penjelasan bonda sampai habis"..

Terasa kecil badan ibu aku sorang ni..Dah besar aku di bawah jagaannya..Ya Allah, Engkau peliharalah ibuku lebih baik daripada dia memeliharaku ketika aku masih kecil..

Bersambung...

Saturday 14 November 2015

Regular story

IT'S OK FOR ME.. (part 3)

Keropok lekor dimasuk ke mulut. Perlahan, dikunyah dan ditelan. Lupa letak sos, patutlah rasa pelik. Hailaa. Macam mana nak habeskan tanpa sos ni. Malas dah nak turun kantin letak sos. T_T


"Anas, kenapa ni? Termenung nampak? Aik! Sejak bila kau makan keropok lekor tak letak sos ni? Ada apa-apa yang aku tak tau?"

"Tula, aku lupa nak letak tadi. Kau nak ke Fiz? Aku takde selera dah nak habiskan. Memang taklah nak buang."

"Aku baru lepas makan nasi lemak kat kantin tadi. So far, takdelah rasa nak makan lagi. Tapi bolehlah kalau aku simpan untuk bekalan dalam kelas nanti kot. Kau ok tak ni?"

"InsyaAllah ok je. Eh, jomlah. Rehat pon dah nak habis ni."


Locus x moves such that it is equidistant from the straight line AD and BC. State the locus x in the diagram.

Macam mane eh ni. Aku dah tengok contoh semalam. Takkan circle, bukan perpendicular bisector. Oh, bonda ada bagitau hari tu. Bonda kata... Bonda... Haaiiiihhh...


"Siapa nak cuba jawab soalan ni?" tanya Muallimah Hamidah.

"Anas, kau tau apa locus x?" tanya Hafiz mencuit-cuit Anas dengan Pilot shakernya.

"Nas, perpendicular line eh? Confuse aku. Anas kau tau x? " Aik. Si Anas ni termenung lagi ni. Tak bergerak pon. Mesti ade hapehape ni.

"Aku dah tau. Macam ni Anas." Tangan kiri Anas ditarik, diletakkan atas buku latih tubi Mathematics, dan digerakkan bagi menulis jawapan.

"Betulkan Anas. Hish, kau ni. Berangan apa ni. Tak sia-sia kau ajar aku semalam. Aku dapat tau sebelum kau dah ni. Kau lapar ke? Nak keropok lekor tadi?"

"Eh, sorry sorry. Betullah kau buat ni.Tak sia-sia betul aku ajar. Taknaklah aku, sos takde. Lagipon nanti kau kata aku buruk siku pulak. Eh, buatlah jom soalan lain pulak. Kena marah pulak nanti."

                                                                    

Hijau je rumput ni. Haih, rumput seronoknye jadi kau. Takde nak fikir macam-macam. Aku ni macam-macam nak fikir. Tak fahamlah. Aku ada buat salah apa-apa ke kat bonda. Takkan sebab aku masak tak bagitau kot. Lagipon, time makan tu bonda nampak happy je sebab aku masak. Ish, kusutlah macam ni.


"Assalamualaikum, Anas tak balik lagi?" sapa abang Kimi, senior aku, geng bola aku, murobbi kesayangan aku.

"Wa'alaikumussalam. Belum lagi bang. Tunggu asar dulu. Nanti takde kelam kabut nak solat kat KTM. Abang tak balik lagi?"

"Belum. Abang tak hebat macam kau boleh balik sendiri. Umi kata lambat sikit hari ni. Sementara tunggu asar ni, ada 20 minit jugak ni. Nak sepak sepak sekejap?" tersenyum, kelihatan giginya yang putih bersinar. Guna Colgate Optic White ke abang Kimi ni? Boikot tu.

"Boleh jugak. Sihat keluar peluh ni. Dah lama jugak tak main. Tahun exam la katakan."

Selesai asar, aku termenung melihat keluar tingkap surau sehingga kelihatan kehijauan padang bola sampailah hampir menembusi bangunan kantin bertemu apartment belakang. Aku nak singgah mana-mana tak balik nanti eh. Boleh tenangkan fikiran sikit. Tiba-tiba bahu aku ditepuk.

"Anas, dah nak gerak balik?" abang Kimi bersila di hadapanku menepuk-nepuk bahu kananku.

"Nak duduk sekejap. Pastu, nak gerak baliklah bang. Kenapa?"

"Balik terus ke? Ada nak singgah ke mana-mana?"

"Eh, takde kot. Selama ni pon memang balik terus. Tak pernah singgah ke mana-mana. Bonda pesan balik terus. Kenapa bang?"

"Takde. Terasa nak tanya. Bonda sihat? Lama abang tak jumpa."

"Alhamdulillah, sihat je kot. Eh, sihat-sihat."

"Anas, dah lama tak cakap dengan bonda?"

"Kenapa abang Kimi cakap macam tu?" Aku membetulkan duduk dan menghalakan pandangan ke hadapan. Tidak bertentang dengan abang Kimi. Kuasa apa yang dia pakai ni.

"Anas kenal abang kan? Mungkin sama macam abang kenal Anas. Kenal yang tak sampai boleh baca fikiran then tau apa yang jadi dalam hidup masing-masing. Kan?"

Aku pon bukak mulut sehinggalah umi datang untuk ambil abang Kimi. Dia, tak cakap banyak. Dengar tanpa sebarang reaksi. Cuma dipesan, untuk aku fikir macam mana hidup aku selama lima belas tahun dijaga oleh bonda. Ya. Cuma itu pesanannya. Aku dihantar umi ke stesen KTM untuk balik ke rumah. Perjalanan pulang aku hari ini, terasa sangat panjang. Sihat ke bonda?

                                                                    

Aku diminta isi satu borang oleh murobbiyahku yang dicintai. Tetapi, cinta aku pada dia, takdelah sampai aku sanggup buta-buta isi borang tersebut. Aku baru nak mula hidup. Baru report duty 6 bulan lepas. Aku muda lagi, belum bersedia untuk benda ni. Lagipon, Unais macam mana? Ada ke yang boleh terima?

"Akak, nantilah ye saya isi borang BM ni. Boleh?" Aku buat muka secomel yang boleh untuk cairkan hati Kak  Dibah. Siap kelip mata laju-laju bagi nampak bulu mata aku yang tak berapa nak lentik  ni.

"Boleh, tapi next month hantar pada akak ye.^^ Lama tu, akak bagi awak masa. Boleh?" Kak Dibah buat gaya comel sebijik macam apa yang aku baru buat pada dia tadi. Haih, murobbi aku ni soranglah. Pandai betul buat aku cair. Tapi takpelah bukan semestinya terus ada yang berkenan terus pon lepas hantar borang. Perasan laku lettew.

"Ok akak. InsyaAllah saya akan menepati janji saya untuk betul-betul hantar next month. Tidak akan disegerakan sehari pon ye. Hehe."

"Iyalah cik adik sayang. Akak tunggu sampai next month."

"Sayang akak."

to be continued...

Tuesday 1 September 2015

Regular story

It's OK for me..(part 2)



Bahagian calculations dah settle, format dah ok. Tinggal contents and figures. InsyaAllah sempat habiskan esok ni. Sekarang, pukul.. Allah, 6.45 dah. Anak aku kat rumah nak makan apa? Packing barang, terus balik maghrib kat rumah je lah. Aku capai zenphone di tangan, nombor rumah didail..

"Assalamu'alaikum, anak bonda  buat ape tu?"

"Unais baru lepas mandi bonda. tengah prepare nk pergi surau."

"Ok, tunggu bonda balik ye, kita makan sama-sama. Bonda baru nak keluar dari office, maybe lambat sikit sampai."

"Ok bonda. Hati-hati balik, assalamu'alaikum."

"InsyaAllah, wa'alaikumussalam."

Aku capai helmet atas meja, sweater dan key then sarung sneakers ready untuk balik. Plan aku untuk maghrib di rumah tak menjadi bila ada accident di Federal Highway melibatkan motor dan kereta yang menyebabkan jalan yang sedia sesak bertambah sesak. Mujur aku naik Hison (scooter aku) jadi taklah terjejas sangat dengan jam. Selesai maghrib di Petronas, aku bersegera untuk balik ke rumah.

Sampai di rumah, jarum jam tepat menunjukkan pkul 8.15 malam. Aku tanggalkan sneakers BUM aku, simpan helmet, beg dan tukar pakaian. Keluar dari bilik, aku terbau sesuatu dan bau itu buat aku hairan.

"Bonda, assalamu'alaikum. Lambat bonda sampai hari ni." Unais dengan senduk di tangan sedang menggaul sesuatu dalam kuali.

"Wa'alaikumussalam. Anak bonda masak? Masak apa tu? Pandai masak? Belajar mana, bonda tak pernah ajar pon." Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut aku yang membuatkan anak bujang aku sorang ni tergelak besar.

"Unais dah besarlah bonda. Mestilah pandai masak. Tengoklah anak siapa. Tak payah ajar pon boleh belajar sendiri." Tersengih memuji diri.

"Oh, kerek dengan bonda ye. Masak apa tu?"Alhamdulillah, aku dah siap-siap siang ayam dalam peti ais tu.

"Goreng kunyit lepas tu letak sos tiram je. Nasi pon dah siap masak dalam rice cooker tu. Bonda pergilah wangi-wangi insyaAllah Unais boleh settlekan. Lepas tu kita makan sama-sama ye."

Aku segera bersihkan diri. Dalam hati, lega anak aku membantu. Penat rasanya bila lama atas jalan. Allah, dah besar anak aku. Terasa macam baru semalam aku tidurkan dia dalam buaian. Dah sampai ke masa yang aku takutkan 15 tahun lepas? Allah, kuatkanlah diri ini.

Sambil makan, aku berbual dengannya tentang pelajaran, resepi yang diperolehinya dari internet dan perbincangan dalam usrah hari ini di sekolah. Peperiksaan percubaan PT3 sudah semakin hampir. Disamping menerapkan ilmu agama, aku tak lupa dengan ilmu akademiknya. Aku sangat berharap dia menjadi manusia yang berguna kepada agama dan masyarakat.

"Anak bonda dah habis belajar? Dah nak tidur ke?" Aku duduk di atas katil berhadapan dengannya yang duduk di kerusi meja belajarnya.

"Haah, dah habis. Nak siap untuk tidur ni. Tapi, takdelah mengantuk sangat. Ada apa bonda?"

Aku menarik tangannya untuk duduk di sebelah aku, dan meletakkan tangan kananku di atas bahunya.

"Unais, bonda ada sesuatu nak cerita dengan Unais. Bukan bonda rahsiakan benda ni  dari Unais, tapi bonda tunggu masa yang sesuai untuk bagitahu Unais. Dan bonda rasa, sekarang Unais dah cukup matang dan bersedia untuk tahu tentang diri Unais." Aku memandang redup muka anak bujangku yang penuh tanda tanya.

"Maksud bonda tentang Unais? Ada benda yang Unais tak tahu tentang diri Unais sendiri?"

Aku menganggukkan kepala."Unais, anak bonda yang sangat bonda sayang. Unais jangan marahkan bonda ya, dengan apa yang akan bonda bagitahu. Bonda sayangkan Unais, tapi Unais berhak untuk tahu tentang ni. 15 tahun bonda kumpulkan kekuatan untuk bagitahu benda ni pada Unais. Boleh Unais janji pada bonda, Unais akan tetap sayangkan bonda lepas ni? " Mata aku dah mula berkaca. Aduh, drama air mata dah nak start ni.

"Bonda, kenapa ni?"

"Sebenarnya, bonda bukan.. Bonda, bukan ibu kandung Unais." Air mata aku tumpah di sisi anak bujang kesayanganku, Unais.

bersambung..

Wednesday 26 August 2015

Regular story

It's OK For Me.. (part 1)

"Bonda, I'm home.."

"Hmmmm, there's something missing.."

"Assalamu'alaikum bonda, I'm home.."

"Wa'alaikumussalam, welcome home, dear. Sekolah ok? Anak bonda belajar apa hari ni?"

"Matematik, bahasa melayu, agama.. Belajar melukis jugak."

"Anak bonda lukis apa, boleh bonda tengok?"

Segera tangannya mencapai kertas 'drawing block' dari dalam beg Boboiboy yang digalasnya. Aku melihat 2 garisan lurus dan bulatan di atas garisan itu lalu bertanya,

"Siapa yang anak bonda lukis ni?"

"Mestilah kita berdua, katanya sambil tersenyum. Bonda, cikgu sekolah tadi suruh lukis keluarga. Kawan-kawan lain semua ada paling kurang 3 orang. Diorang kata gambar diorang dengan ibu ayah. Tapi, ni ada 2 je. Ayah takde?"

"Bukan semua orang ada benda yang sama. Tapi, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Bonda tak cukup?"

"Cukup je, maaf kalau bonda terasa hati. Sayang, bonda," katanya serba salah.

Aku mencubit pipinya yang gebu, "macam mana bonda nak terasa hati dengan anak bonda yang comel ni. Nak gantung lukisan dalam bilik sama-sama? Kalau nak, kena bersih-bersih wangi-wangi dulu."

Segera dia berlari menuju ke biliknya dan mengambil segala keperluan untuk mandi. 

Ya Allah, kau peliharalah anakku dari segala keburukan serta berkatilah dan rahmatilah hidupnya .

Selesai bersihkan diri, isi perut, kami bersama-sama menggantungkan lukisan pertama yang dihasilkannya di sekolah sebagai murid tahun 1 di dinding bahagian atas katilnya. Kemudian aku mengambil sharpie hitam.

"Bonda, tulis apa?"

Aku hanya tersenyum.




to be continued..

Tuesday 30 June 2015

Ramadhan Kali Ni

Assalamualaikum..Salam ramadhan untuk semua yang dipilih Allah menjadi tetamunya..Semoga sentiasa dalam rahmah dan barakahNya..Segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang pada diri menjadi tetamu ramadhan..Selawat dan salam buat junjungan besar ar-Rasul Muhammad yang kerana baginda, nikmat islam masih mampu dirasai umat manusia..

Ramadhan kali ni untuk aku, lain sikit dari ramadhan sebelum ni :
1. Cuti semester sepanjang ramadhan.
   Perasaan gembira tak terhingga melalui ramadhan dengan keluarga 
   tercinta..paling penting, hampir setiap hari berbuka di rumah 
  (pengecualian program dan iftor surau^^)..
2. Kerja part-time.
   Masa mula-mula dpt, Allah je yang tahu betapa gembiranya, first 
   timela katakan..Selepas seminggu berlalu, barulah aku tahu bukan 
   seronok pon kerja..Lagi seronok duduk rumah..Tapi somehow, 
   terjamin sikitlah masa aku takkan banyak terbuang bila kerja 
   banding dgn duduk rumah..

ok, let's stop here on my case..there are something more important than these.

What make our ramadhan this time, different then before? Not on our physical needs and changes.. But in being the one that Allah mention in suratul baqarah, verse 183,"...that you may become righteous (bertaqwa)."

It's on us..To achieve it or not..To try achieve it or not..To be better or worse..To win or to lose in this battle with ourself..As stated in hadits, ar-Rasul Muhammad ibnu Abdullah said that Jibril 'alaihi salam pray - Damn, damn, damn to those chosen to be in ramadhan till the end without receiving forgiveness from Allah subhanahu wa ta'aala..and ar-Rasul sallahu 'alaihi wa salam ameen the du'a..

na'udzubillahi min dzalik..whatever good deeds we did, wajib or sunnah along this month, reciting quran, infaq, tarawih, tahajjud and so on, don't ever forget to seek and beg for His forgiveness..because 'abid enters jannah with Allah's rahmah, not his/her 'amal..

Semoga Allah mengurniakan kesedaran untuk hamba yang berdosa, berhenti dari dosanya, memohon ampun atas dosanya, berdoa dijauhkan dari melakukan lagi dosa, mengiringi dosa yang dilakukan dengan sebanyak mungkin kebaikan..

For me - Kerana aku seorang pendosa, aku mengharapkan keampunanNya..
For you - Let's graduate together from this madrasah full with Allah's blessings..

Semoga ramdhan kali ini menjadikan kita hamba yang bertaqwa..

Selasa, 13 ramadhan 1436 hijrah.

Sunday 11 January 2015

BASAH VS KERING !

Assalamualaikum..sobahul khair, semua..hari ni nak share something from last Thursday..something that deeply enter my heart..

Lately ramai jugak kot yg complain or declare,
"Akak, saya dah tak nak join usrahlah. Saya rasa tarbiah ni macam kering je. Hati saya dah tak basah macam masa mula2 saya dapat tarbiah, dapat ISK and SH dulu."

Sebagai one of akak usrah, maaf andai usrah yang kami bawa tak membawa makna pada kalian, adik2 yg disayangi..mungkin kerana kelalaian kami, kalian tak rasa basah..kerana kami tak pernah buat usrah di swimming pool atau pantai2..atau kami tak buat aktiviti usrah di kawasan banjir untuk membantu mangsa2 di sana..

Disebabkan isu ini agak famous semenjak dua menjak ni, ianya menjadi salah satu sebab kami dikumpul malam jumaat lalu..malam tu, pakcik tanya soalan yang boleh kata, aku tak pernah terfikir..

"Apa yang kalian define sebagai usrah yang basah? Usrah dalam swimming pool? Usrah yang dipenuhi bahan fikrah? Usrah yang sentiasa buat hati berkobar-kobar and panas punggung tak senang duduk?
Untuk pakcik, peliklah sebenanrya kalau bila kita baca al-quran, tak rasa basah. Saat berqiam, tak rasa basah. Saat berzikir, tak rasa basah. Saat mendalami seerah dan kisah sahabat, tak rasa basah. Ingredients sebenar untuk basahnya usrah, ialah basahnya hati ahli usrah. Untuk basahkan hati, it's all about mutabaah's status. Macam mana hubungan kita dengan Rab. Direct link padaNya, of coarse dengan direct amal. Jadi, kalau tak rasa basah, most reasonable reason comes from our self."

That is sangat sentap untuk aku..

For me - please don't stop wetting yourself..
For you - I hope this can benefits you..

January 12, 2015..Menara SAAS, 1st day class..